Download Code:
Maxi - dial *131*147158# tekan Send/Hantar
DiGi - taip sms CT 0072791 dan hantar ke 2000
Celcom - taip sms CMT 68899 dan hantar ke 22990
Umobile - taip sms CT 181154 dan hantar ke 28118
Showing posts with label Diddy Hirdy. Show all posts
Showing posts with label Diddy Hirdy. Show all posts
Tuesday, May 25, 2010
Diddy Hirdy - Lelaki Atas Awan (OST Tekukur Tidak Berbunyi Lagi)
Friday, May 14, 2010
Diddy Hirdy - Drama Theme Song (30sec preview)
Nota Diddy : Diddy baru habis recording lagu tema untuk drama 26 episod di OutLoud Studios, Damansara Perdana. Lagu tema ini adalah untuk drama bertajuk Fantasi Cinta Teruna terbitan Bright Network Sdn Bhd.
Thursday, May 13, 2010
Diddy Hirdy - Listen
kepada semua pengikut setia UCM serta peminat Diddy Hirdy, mari saksikan video tersebut dan klik 'like'!
berikut merupakan pesanan Diddy Hirdy buat semua,
Kali pertama dgr lagu ni Diddy dah suka. Kalau berpeluang, Diddy nk cuba menyanyikan lagu Inggeris sendiri, tapi semua bergantung pada pihak pengurusan. Syarat dari pihak pengurusan, mesti ada sekurang2nya 10% dari teman2 di Fanpage ni yg klik 'Like' utk mereka pertimbangkan. Jadi kalau anda nak Diddy nyanyikan lagu ni, sila klik 'Like' & tinggalkan komen =)
Lagu ini adalah hasil ciptaan Chris Thoo dan liriknya ditulis oleh Baki Zainal, Alan Thoo & Marcus Loh.
Friday, February 12, 2010
Saturday, December 5, 2009
Sunday, November 22, 2009
Friday, October 16, 2009
UCM Road Trip to JB
Pada 10 Oktober 2009, seramai 20 orang warga UCM yang datang dari KL, Sabah, Sarawak dan juga Johor telah berkonvoi ke kampung halaman Diddy Hirdy yang terletak di Pasir Gudang sempena tahlil yang diadakan Diddy sekeluarga. Kedatangan kami disambut mesra oleh Diddy dan keluarga. Oleh kerana kami terlambat sampai, maka tahlil sudah pun berakhir. Namun kami dijamukan dengan Nasi Jagung yang sangat lazat dengan lauk-pauk yang sungguh memukau. Terima kasih Diddy Hirdy sekeluarga :)
Setelah penat memandu, kami berhenti rehat di Pagoh.
Bersama Diddy selepas kenduri tahlil selesai
Diddy dan single terbarunya 'Biar Diddy Sambung'
Hadiah daripada UCM sempena hari lahir Diddy yang ke 24
Menenangkan fikiran sambil menyaksikan matahari terbenam. Wah cantiknya.
Bergambar sebelum pulangKami kemudiannya singgah di sebuah kedai makan yang terletak di tepi laut untuk meraikan hari jadi Diddy yang jatuh pada 5 Oktober 2009 secara kecil-kecilan bersaksikan pandangan matahari terbenam yang sangat cantik. Sambil meneguk Jus Oren dan menikmati Cupcake yang lazat, semmua yang hadir mengambil kesempatan untuk menyerahkan hadiah2 yang telah mereka sediakan untuk Diddy. Setelah selesai minum, kami semua bersiap sedia untuk bertolak pulang ke KL. Terima kasih tidak terhingga buat Diddy Hirdy dan keluarga yang melayan kami dengan baik sekali.
Walaupun tujuan utama ke rumah Diddy, tapi jemputan ibu akim tak dilupa. Rata2 semua lega kerana dpt berehat seketika seblum pulang ke KL, dpt pulak makan mee rebus yang sedapsss!! nak lagiiiii. Eh terlupa pulak, terima kasih ibu dan ayah. :DUntuk gambar selebihnya sila ke Facebook United Community Malaysia
Thursday, October 8, 2009
Promosi Pakej Single Diddy Hirdy
(saiz t-shirt : XS - 2XL, tambahan harga untuk saiz 3XL ke atas)
Untuk menjadi ahli, sertai Facebook United Community Malaysia dengan menjadi Fans.
Single Diddy Hirdy "Biar Diddy Sambung" boleh dibeli berasingan dengan harga RM10
Tshirt Diddy Hirdy juga boleh dibeli berasingan dengan harga RM20
(tambahan harga untuk t-shirt saiz 3XL ke atas)
Tempahan boleh diemailkan ke utdcomm.malaysia@gmail.com
Sila sertakan saiz t-shirt bagi setiap tempahan Pakej atau T-shirt sahaja
Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank Nur Eleza Zaaba
1645 5713 5848
Sila emailkan slip pembayaran ke utdcomm.malaysia@gmail.com
Thursday, September 24, 2009
Majlis Berbuka Puasa UCM
Walaupun sudah raya, namum kami tetap ingin paparkan sedikit gambar dari Majlis Berbuka Puasa UCM yang berlangsung pada 9 September 2009 (090909 cantik tarikh ni) di Agrotech Eco Resort, Ulu Langat, Selangor dan disertai hampir 40 orang walaupun pada awalnya kami ingin jalankan majlis ini secara kecil-kecilan. Majlis ini turut disertai 3 artis UCM iaitu Diddy Hirdy, Candy Clement dan Nurfatima. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang hadir.
Baca doa sebelum berbuka puasa.. Penuhnya meja dengan makanan nyum nyum nyummm
Busunoi dan rakan-rakan berehat sebentar sebelum sambung pusingan seterusnya hehehe
Wakil dari Gafimmers turut memeriahkan suasana walaupon tersesat kerana menggunakan KA sebagai penunjuk arah hahahahaha (weii ling)
Nasib baik tak tersembur makanan dalam mulut masa semua bergelak sakan ni
Diddy bersama Busunoi dan rakan-rakan
Kami sempat menyambut ulang tahun kelahiran Rere yang ke-25.. Happy Birthday Rere (Rere tersipu2 malu.huhu)
Oja merupakan pemenang cabutan bertuah pada malam itu
Sebelum pulang, kami semua sempat berhibur dengan bermain bunga api di Ampang Saujana sambil menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur pada waktu malam. Sangat seronok. Semoga kita dapat menjalankan lagi aktiviti seperti ini lagi di masa hadapan ;)
Nur, Diddy dan Candy bermain bunga api

Gembira semua bermain bunga api. hehehehe
Terima kasih semua yang hadir :)
Gambar selebihnya di Facebook United Community Malaysia
Labels:
Candy,
Diddy Hirdy,
majlis berbuka puasa,
Nurfatima
Tuesday, August 25, 2009
Lelaki Atas Awan
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my
shakilawati@hmetro.com.my

BAK ada di awangan apabila perjalanan hidupnya dirasakan sangat indah. Dalam usia muda, karier jejaka kelahiran selatan tanah air kian berkembang, lebih bermakna apabila hatinya terisi dengan kehadiran wanita yang bakal melengkapi hidupnya sebagai lelaki.
Lalu ceritera bahagia itu diabadikan dalam single ketiganya, Lelaki Atas Awan sentuhan kreatif Badrul Hisham dan nukilan lirik Abie Abdullah yang bakal menemui peminat selepas Aidilfitri nanti.
Bagi Diddy Hirdy, karya itu sangat istimewa kerana dapat berkongsi sisi peribadinya dengan mereka yang tidak jemu-jemu menyokong kembara seninya.
“Alhamdulillah selepas muncul dengan single pertama, Sudah awal tahun ini disusuli single kedua, Biar Diddy Sambung Julai lalu, saya akan memperdengarkan Lelaki Atas Awan tidak lama lagi.
“Dari awal pihak pengurusan berasakan lagu ini ada daya tarikan tinggi dan saya yakin ia dapat diterima ramai. Semua single akan dimuatkan dalam album kedua saya yang dijangka ada di pasaran penghujung tahun ini.
“Bingkisan kedua ini berbeza daripada album terdahulu. Paling ketara, lagu balada berlatar belakangkan cerita gembira bukan sedih seperti yang biasa kita dengar, malah melodinya lebih ‘catchy’.
“Jika dulu saya banyak bereksperimentasi dengan muzik, kali ini saya sampaikan apa yang peminat mahu dengar. Selain Audi Mok dan Nurfatimah album ini banyak menggunakan khidmat komposer muda termasuklah Hafiz. Saya turut menyiapkan sebuah lagu, namun belum ada judul,” katanya yang akan menggunakan nama sendiri sebagai judul album.
Demi memastikan album itu menepati kualiti dan citarasa ramai, proses pembikinannya mengambil masa lama. Ini jelas berbeza dengan penghasilan album terdahulu di mana prosesnya pantas.
“Album kedua lebih persediaan. Kalau dulu saya hanya menerima lagu tiga atau empat hari sebelum rakaman, kali ini saya ambil masa dua bulan sebelum merakam sesebuah lagu. Selagi tidak puas hati saya tidak akan masuk studio.
“Album ini hadiah saya buat peminat dan ia akan dijual dengan harga modal dan ia mampu dibeli sesiapa saja. Ini cara saya menghargai peminat,” katanya yang mendapat sokongan padu daripada kelab penyokong, United Community Malaysia.
Tiga tahun bertapak dalam industri, Diddy bebas kontroversi, bahkan jejaka berusia 24 tahun ini sentiasa menjaga imej serta penampilannya. Katanya, seboleh mungkin dia cuba mengelak dikaitkan dengan cerita negatif kerana enggan jadi bahan gosip murahan.
“Pihak pengurusan sentiasa mengingatkan saya supaya menjauhi kontroversi dan menjaga penampilan.
“Awal kemunculan, saya tidak peduli sangat soal imej tetapi selepas ditegur pengurus (Badrul Hashim), saya mula ambil berat perkara ini,” katanya yang tidak akan memakai topi dan kaca mata hitam depan khalayak.
Mengupas sisi peribadi, pertunangan dengan buah hatinya mencecah usia tiga tahun. Tidak dinafikan bergelar insan seni dia tidak mampu lari daripada diburu peminat wanita, namun ikatan cinta suci bersama kekasih hati tidak pernah goyang.
“Bagi memastikan hubungan bertahan, kena faham karektor dan mengenal diri masing-masing. Cubalah memahami corak kerja pasangan, insya-Allah tak ada masalah.
“Tiada masalah untuk kami bertemu kerana tunang saya juga bekerja di Kuala Lumpur. Jika tidak terikat dengan apa-apa program, kami keluar bersiar-siar dan sesekali menonton wayang seperti pasangan kekasih lain.
“Dari awal saya tidak pernah merahsiakan ikatan ini, tetapi saya tidak mendedahkan tunang saya kepada media. Namun jika terserempak dengan peminat, saya akan perkenalkan dia sebagai tunang saya.
“Mulanya risau juga peminat lari jika saya berterus-terang, tapi alhamdulillah mereka cukup terbuka dan sangat memahami. Mungkin kerana saya jujur dari awal, hubungan kami tiada masalah.
“Saya tahu tiga tahun adalah tempoh lama untuk ikatan pertunangan, tapi syukur dia faham keadaan saya dan tidak pernah mendesak perkahwinan kami dipercepatkan. Pun begitu sebagai lelaki, saya tahu isi hati wanita dan tidak mahu dia ternanti-nanti. Insya-Allah kami akan melangsungkan hari bahagia tidak lama lagi,” kata artis lelaki tempatan pertama menerima tajaan produk Clinique sejak hampir dua tahun lalu ini.

Berikut adalah gambar2 kenangan pada hari pra dengar "Lelaki Atas Awan" di Ascott :)
Berat tuuuu.. tapi nampak rileks jerr.. ;)
Yang ringan sama dijinjing. Apa yg penting? Kerjasama. :D
Dah macam jamuan hari raya pulak
Shidi tersipu-sipu malu melayan tetamu yang hadir.
Diddy tersenyum
Sesi Pra dengar lagu baru Diddy.Semua terpegun
Wakil UCM sedang menjalankan khidmat. Kita posing dulu!
DIddy : Saya lah lelaki di atas Awan itu....
DIddy melayan soalan2 dari para wartawan
Apa yang diguraukan sehingga Diddy dan Bad tergelak sama.
Tekun mendengar
Posing lagi dengan tshirt Diddy.huhu
Sepraiskan Shidi di hari jadi yang ke...(Wartawan pun join tau.wahh)
Make a wish dulu
Thanks Bad dan Diddy sudi join majlis hari jadi Shidi di Ascot. Wahhh
Hmmm apa lagi posing posing posing selepas tugas selesai. Hingga ketemu di lain hari.
Labels:
Diddy Hirdy,
Event,
Lelaki Atas Awan
Subscribe to:
Posts (Atom)