Photobucket
Showing posts with label Candy. Show all posts
Showing posts with label Candy. Show all posts

Friday, May 14, 2010

Pengumuman Rasmi

Candy Clement tidak lagi berada di bawah naungan kelab United Community Malaysia (UCM) pada ketika ini. Wish her all the best. Sebarang pertanyaan sila kemukakan pada utdcomm.malaysia@gmail.com

Sunday, November 22, 2009

Candy masih ada

Candy masih ada
(Petikan dari MyMetro)

Bekas finalis Akademi Fantasia (AF) 5 kelahiran Tambunan, Sabah ini tidak menafikan, ketiadaan berita baru untuk dikongsikan bersama peminat menyebabkannya tercampak jauh berbanding teman seangkatan.

Persoalannya, adakah masih wujud penyokongnya yang dulu melaungkan jeritan setiap minggu ketika AF5? Si empunya diri punya jawapannya.

Gadis kecil molek berusia 20 tahun ini kini mampu menarik nafas lega, akhirnya ‘single’ terbarunya, Trouble Maker ciptaan komposer Iran, Ali Samadi berjaya menyelamatkan dirinya daripada terus tenggelam.

Baginya, single ini membuktikan namanya masih wujud di industri ini meskipun tertinggal berbanding Mila, Dafi dan Aizat. Walaupun ia tidak sebesar mana, sekurang-kurangnya dia punya cerita untuk dikongsikan.

“Trouble Maker sebuah lagu Inggeris. Walaupun saya sangat gementar menanti reaksi peminat, saya melihat perkembangan ini sesuatu yang mampu memberi lebih peluang pada saya untuk terus bertahan di sini. Maklumlah, keputusan untuk menjadi penyanyi adalah muktamad dan mustahil untuk saya berpatah balik.

“Saya peserta AF pertama tampil dengan single Inggeris dan itu lebih memberi cabaran buat saya sebagai penyanyi baru. Malah ramai terkejut dengan lagu baru ini, mungkin ini satu semangat yang perlu saya ambil secara serius untuk menyampaikannya dengan lebih baik. Namun saya yakin dengan lagu yang turut mendapat sumbangan vokal daripada seorang lagi penyanyi Iran, Stumer.

“Muziknya ‘dance’ yang sangat bersesuaian dengan pasaran hari ini. Melodinya juga serasi dengan kemampuan vokal dan personaliti saya.

“Sebenarnya semua urusan berkaitan single ini diuruskan seorang teman yang juga bekas pekerja di Maestro Records dulu. Dia yang memperkenalkan saya dengan Ali sebelum saya setuju untuk bekerjasama,” katanya.

Menurut Candy, Ali yang juga penyanyi Iran menetap di Malaysia sejak tiga tahun lalu. Muzik yang dihasilkan juga berbeza dengan sentuhan pop dan elemen moden.

“Saya berharap lagu ini dapat mengembalikan nama saya selepas single pertama ciptaan Edry dulu, Demam,” katanya.

Penyanyi yang juga sibuk dengan pelbagai rangka promosi buah tangan barunya ini turut ‘memasang’ strategi untuk turun padang dalam kerja pemasaran dan publisiti seperti berjumpa wakil stesen radio secara sendiri.

Meskipun kerjaya seninya tidak secerah teman AF yang lain, tidak secalit pun terlintas di hatinya untuk merasa cemburu, sebaliknya ia dijadikan satu inspirasi serta semangat bagi terus membina nama di persada seni.

Sunday, November 1, 2009

Candy di Studio Rakaman Single Terbaru

Baru-baru ini kami berkesempatan berkunjung ke studio rakaman menyaksikan Candy membuat rakaman single terbaru beliau yang berbahasa enggeris bertajuk "Trouble Maker'.

Single ini di cipta oleh komposer dari Iran dan beliau turut berduet dengan Candy di dalam lagu tersebut.

Single ini akan di pasarkan tidak lama lagi dan pelancaran single ini akan di adakan pada 2 Nov 2009.

Sama-samalah kita harapkan kejayaan buat Candy.










Thursday, September 24, 2009

Majlis Berbuka Puasa UCM

Walaupun sudah raya, namum kami tetap ingin paparkan sedikit gambar dari Majlis Berbuka Puasa UCM yang berlangsung pada 9 September 2009 (090909 cantik tarikh ni) di Agrotech Eco Resort, Ulu Langat, Selangor dan disertai hampir 40 orang walaupun pada awalnya kami ingin jalankan majlis ini secara kecil-kecilan. Majlis ini turut disertai 3 artis UCM iaitu Diddy Hirdy, Candy Clement dan Nurfatima. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang hadir.

Baca doa sebelum berbuka puasa.. Penuhnya meja dengan makanan nyum nyum nyummm

Busunoi dan rakan-rakan berehat sebentar sebelum sambung pusingan seterusnya hehehe

Wakil dari Gafimmers turut memeriahkan suasana walaupon tersesat kerana menggunakan KA sebagai penunjuk arah hahahahaha (weii ling)

Nasib baik tak tersembur makanan dalam mulut masa semua bergelak sakan ni

Diddy bersama Busunoi dan rakan-rakan

Kami sempat menyambut ulang tahun kelahiran Rere yang ke-25.. Happy Birthday Rere (Rere tersipu2 malu.huhu)

Oja merupakan pemenang cabutan bertuah pada malam itu

Sebelum pulang, kami semua sempat berhibur dengan bermain bunga api di Ampang Saujana sambil menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur pada waktu malam. Sangat seronok. Semoga kita dapat menjalankan lagi aktiviti seperti ini lagi di masa hadapan ;)

Nur, Diddy dan Candy bermain bunga api

Gembira semua bermain bunga api. hehehehe

Terima kasih semua yang hadir :)


Saturday, August 22, 2009

Gambar di sekitar Diddy Hirdy Paintball Tournament




Diddy Hirdy Paintball Tournament
Tempat : Mudtrekker, Kuang
Tarikh : 9th August 2009
Team : Diddy Hirdy FC, Candy FC, Riz Angels, DaVOM, UCM & Gafimmers



Diddy Hirdy

Candy turut luangkan masa bersama menjayakan acara Paintball ini.Thanks Candy.

Candy dan Diddy Hirdy

Mendengar taklimat daripada pengadil dengan tekunnya..Tips utk keselamatan harus pakai mask sepanjang pertempuran nanti.

Antara hadiah-hadiah cun yang menjadi rebutan

Gafimmers sempat berposing maut bersama dua banner artis UCM

Diddy dalam pertempuran - Misi utama nak dapatkan bendera dulu.Nak cari bendera,nak cari bendera. huhu

Wakil Gafimmers yang menyerang hendap dari belakang tong

Antara AJK makanan yang sempat berposing sambil bertugas.Peace muahz :D

Candy bersama banner barunya dan banner Diddy

Tempat ke-6 : Gafimmers

Tempat ke-5 : United Community Malaysia

Tempat ke-4 : Da VOM

Tempat ke-3 : Riz Angels

Naib Johan : CandyFC

Johan : Diddy Hirdy FC, yezzer!

Kenangan selepas berperang, semua tersenyum puas dan gumbira. Yang penting Happy. :D

Tahniah buat semua pemenang2 dan Terima kasih kerana turut memeriahkan acara ini.InsyaAllah kita jumpa lagi di lain kali.

Untuk gambar selebihnya, sila lawat ke Facebook United Community Malaysia

Monday, August 10, 2009

Recap Aktiviti-aktiviti yang disertai dan Dianjurkan oleh UCM

Photobucket

Alhamdulillah, setakat ini kami telah berjaya mengadakan 2 event penting untuk artis UCM ie. Diddy Hirdy dan satu kejutan untuk Candy Clement.

Pada 1 Ogos 2009, kami telah berpakat ramai-ramai turun ke Uptown Nilai Square untuk memberi sokongan kepada Diddy di Konsert Jelajah Era 11 bersama Perodua.

Diddy telah menyumbang sebanyak 3 lagu iaitu Saat, Hilang dan juga single terbaru iaitu Biar Diddy Sambung. (Jangan lupa untuk turut serta dalam Kempen Download Caller RingTone Lagu "Biar Diddy Sambung" bagi semua member UCM dan juga peminat-peminat Diddy di luar sana bagi bulan Ogos 2009)

Sila click SINI untuk cara-cara memuat turun caller ringtone Biar Diddy Sambung tersebut okay ;)

Sebanyak 7 biji kereta telah menyertai rombongan ke Nilai (macam rombongan meminang pulak kan) di mana kami telah berkumpul di depan tol sg besi pada jam 6 ptg.

Photobucket

Rombongan ini pula ditambah pula dengan 2 kereta lagi jadi kesemuanya 9 kereta yang dipenuhi oleh warga UCM dan rakan-rakan dari Gafim dan juga ahli chatters f-tersix yang berkobar-kobar kerana di sertai oleh mumi, kakt and one yang datang dari Sarawak di samping Nano,Dynas,Rose just to name a few.

Kami turut di belanja dua (2) kali oleh penasihat UCM dan juga merupakan manager Diddy yang sangat sporting iaitu Badrul (Siapalah yang tidak kenal dengan beliau kan huhu)

Terima kasih Bad dan Diddy atas layanan yang sangat 1st class itu.

Anda boleh baca cerita selanjutnya di blog Manager yang femes ini. Kami juga akan update di sini gambar- gambar yang di ambil oleh jurugambar rasmi UCM iaitu Azlan Hanif dari AZ photography.

Selain itu, event yang terkini yang masih panas dan hangat lagi diperkatakan ramai ialah Diddy Paintball Tournament yang telah di langsungkan pada 9 Ogos 09 di Mudtrekker, Kuang.

Photobucket

Seramai 6 team telah turut serta iaitu Team Diddy, Team Candy,Team Riz Angels, Team Da VOM, Team United dan Team Gafim. Tahniah Team Diddy kerana menjuarai tournament ini walaupun Diddy tidak berpeluang untuk join sampai ke final tapi team beliau tetap bersemangat meneruskan perjuangan :D

Terima kasih kami ucapkan kepada semua peserta yang sangat sporting sekali dan havoc menceriakan event ini. Walaupun ada kesilapan teknikal atas kelewatan kami tapi alhamdulillah yang lain berjalan dengan lancar.

Photobucket

Kami juga telah dapat menyiapkan banner Candy sebagai tanda sokongan kami terhadap beliau. Kami turut meluangkan masa mengambil sedikit gambar outdoor Candy pada hari Sabtu 8 Ogos di taman Tugu Negara.

Nantikan gambar-gambar event ini yang akan di upload di sini dan juga di Facebook UCM ok.

Silalah add Diddy dan Candy dan juga UCM di Facebook ok.

Akhir kata, kami mengalu-alukan penyertaan keahlian UCM kerana kami bakal menganjurkan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun ini dan ada kelebihan dan seprais yang menanti anda.

Pengumuman : UCM bakal menambahkan 2 artis di bawah naungan UCM tidak lama lagi dan bakal di umumkan bila sudah betul confirm. Tungguuuuu

Friday, July 24, 2009

Selamat Datang ke Blog United Community Malaysia

Photobucket

United Community Malaysia ataupun singkatan nya UCM telah di tubuhkan pada tahun 2009.

UCM adalah sebuah kelab peminat yang yang agak unik. Kelab peminat ini tidak hanya menyokong seorang artis tetapi boleh menyokong beberapa orang artis yang terpilih.

Antara kriteria artis-artis yang akan bernaung di bawah kelab ini (UCM), ialah artis tersebut mempunyai potensi besar di dalam bidang seni dan mereka juga mempunyai disiplin yang baik dan sentiasa juga menghormati dan menghargai peminat-peminat mereka.

Oleh itu, kami beranggapan selain dari pendedahan media cetak/elektronik, artis2 ini juga patut didedahkan dengan mendekatkan diri mereka dengan peminat2 industri hiburan tanahair.

Antara artis yang bernaung di bawah UCM setakat ini:
Diddy Hirdy
Candy Clement
Berbagai aktiviti telah di rancang bagi menunjukkan sokongan UCM terhadap artis yang dibawah naungannya dan akan di update di sini dan juga di Facebook. Rajin2 lah ke sini yer. ;)