Photobucket
Showing posts with label Tournament. Show all posts
Showing posts with label Tournament. Show all posts

Saturday, August 22, 2009

Gambar di sekitar Diddy Hirdy Paintball Tournament




Diddy Hirdy Paintball Tournament
Tempat : Mudtrekker, Kuang
Tarikh : 9th August 2009
Team : Diddy Hirdy FC, Candy FC, Riz Angels, DaVOM, UCM & Gafimmers



Diddy Hirdy

Candy turut luangkan masa bersama menjayakan acara Paintball ini.Thanks Candy.

Candy dan Diddy Hirdy

Mendengar taklimat daripada pengadil dengan tekunnya..Tips utk keselamatan harus pakai mask sepanjang pertempuran nanti.

Antara hadiah-hadiah cun yang menjadi rebutan

Gafimmers sempat berposing maut bersama dua banner artis UCM

Diddy dalam pertempuran - Misi utama nak dapatkan bendera dulu.Nak cari bendera,nak cari bendera. huhu

Wakil Gafimmers yang menyerang hendap dari belakang tong

Antara AJK makanan yang sempat berposing sambil bertugas.Peace muahz :D

Candy bersama banner barunya dan banner Diddy

Tempat ke-6 : Gafimmers

Tempat ke-5 : United Community Malaysia

Tempat ke-4 : Da VOM

Tempat ke-3 : Riz Angels

Naib Johan : CandyFC

Johan : Diddy Hirdy FC, yezzer!

Kenangan selepas berperang, semua tersenyum puas dan gumbira. Yang penting Happy. :D

Tahniah buat semua pemenang2 dan Terima kasih kerana turut memeriahkan acara ini.InsyaAllah kita jumpa lagi di lain kali.

Untuk gambar selebihnya, sila lawat ke Facebook United Community Malaysia

Monday, August 10, 2009

Recap Aktiviti-aktiviti yang disertai dan Dianjurkan oleh UCM

Photobucket

Alhamdulillah, setakat ini kami telah berjaya mengadakan 2 event penting untuk artis UCM ie. Diddy Hirdy dan satu kejutan untuk Candy Clement.

Pada 1 Ogos 2009, kami telah berpakat ramai-ramai turun ke Uptown Nilai Square untuk memberi sokongan kepada Diddy di Konsert Jelajah Era 11 bersama Perodua.

Diddy telah menyumbang sebanyak 3 lagu iaitu Saat, Hilang dan juga single terbaru iaitu Biar Diddy Sambung. (Jangan lupa untuk turut serta dalam Kempen Download Caller RingTone Lagu "Biar Diddy Sambung" bagi semua member UCM dan juga peminat-peminat Diddy di luar sana bagi bulan Ogos 2009)

Sila click SINI untuk cara-cara memuat turun caller ringtone Biar Diddy Sambung tersebut okay ;)

Sebanyak 7 biji kereta telah menyertai rombongan ke Nilai (macam rombongan meminang pulak kan) di mana kami telah berkumpul di depan tol sg besi pada jam 6 ptg.

Photobucket

Rombongan ini pula ditambah pula dengan 2 kereta lagi jadi kesemuanya 9 kereta yang dipenuhi oleh warga UCM dan rakan-rakan dari Gafim dan juga ahli chatters f-tersix yang berkobar-kobar kerana di sertai oleh mumi, kakt and one yang datang dari Sarawak di samping Nano,Dynas,Rose just to name a few.

Kami turut di belanja dua (2) kali oleh penasihat UCM dan juga merupakan manager Diddy yang sangat sporting iaitu Badrul (Siapalah yang tidak kenal dengan beliau kan huhu)

Terima kasih Bad dan Diddy atas layanan yang sangat 1st class itu.

Anda boleh baca cerita selanjutnya di blog Manager yang femes ini. Kami juga akan update di sini gambar- gambar yang di ambil oleh jurugambar rasmi UCM iaitu Azlan Hanif dari AZ photography.

Selain itu, event yang terkini yang masih panas dan hangat lagi diperkatakan ramai ialah Diddy Paintball Tournament yang telah di langsungkan pada 9 Ogos 09 di Mudtrekker, Kuang.

Photobucket

Seramai 6 team telah turut serta iaitu Team Diddy, Team Candy,Team Riz Angels, Team Da VOM, Team United dan Team Gafim. Tahniah Team Diddy kerana menjuarai tournament ini walaupun Diddy tidak berpeluang untuk join sampai ke final tapi team beliau tetap bersemangat meneruskan perjuangan :D

Terima kasih kami ucapkan kepada semua peserta yang sangat sporting sekali dan havoc menceriakan event ini. Walaupun ada kesilapan teknikal atas kelewatan kami tapi alhamdulillah yang lain berjalan dengan lancar.

Photobucket

Kami juga telah dapat menyiapkan banner Candy sebagai tanda sokongan kami terhadap beliau. Kami turut meluangkan masa mengambil sedikit gambar outdoor Candy pada hari Sabtu 8 Ogos di taman Tugu Negara.

Nantikan gambar-gambar event ini yang akan di upload di sini dan juga di Facebook UCM ok.

Silalah add Diddy dan Candy dan juga UCM di Facebook ok.

Akhir kata, kami mengalu-alukan penyertaan keahlian UCM kerana kami bakal menganjurkan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun ini dan ada kelebihan dan seprais yang menanti anda.

Pengumuman : UCM bakal menambahkan 2 artis di bawah naungan UCM tidak lama lagi dan bakal di umumkan bila sudah betul confirm. Tungguuuuu

Friday, July 24, 2009

UCM Diddy Hirdy Paintball

Photobucket

Paintball Diddy Tournament akan di anjurkan oleh United Community Malaysia (UCM).

Inilah aktivity pertama UCM.

Terbuka kepada semua ahli kelab peminat.Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Issey - 017 3886 012
Eleza - 018 2570 720

Butir2 lanjut seperti berikut :
Tarikh : 9th August 2009
Masa : 9.00 am to 1.00 pm
Tempat : Mudtrekker, Kuang - Sungai Buloh
RM420/team (7 orang/team)
Terbuka kepada 10 team sahaja

Tshirt event percuma akan diberikan
Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran, 31 July 2009
Bayaran boleh di bank in ke nombor akaun
1140 1203 1325 Nor Azwana Hamid.
Sila scan payment slip dan email ke
utdcomm.malaysia@gmail.com

Apa itu Paintball? Sila KLIK SINI untuk ketahui tentangnya. Inilah peluang untuk kita melepaskan geram dan mencuba bakat menembak. :D

So, tunggu apa lagi? Sila hubungi Issey ataupun Eleza untuk pendaftaran segera dan alami pengalaman menarik ini. Jangan risau jika tidak ada sebarang pengalaman perang-perang ini sebab setiap yang pertama akan lebih meninggalkan kenangan manis. Pastinya...