Monday, August 31, 2009

Aktiviti terbaru UCM

Selamat menjalankan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Berikut ialah aktiviti UCM di masa terdekat ini.
Nantikan pengumuman lanjut di sini dan juga di face book yer.



1) Diddy Birthday Bash 10 October 2009


2) Candy Awesome Race 14 November 2009

Tuesday, August 25, 2009

Lelaki Atas Awan

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my

BAK ada di awangan apabila perjalanan hidupnya dirasakan sangat indah. Dalam usia muda, karier jejaka kelahiran selatan tanah air kian berkembang, lebih bermakna apabila hatinya terisi dengan kehadiran wanita yang bakal melengkapi hidupnya sebagai lelaki.

Lalu ceritera bahagia itu diabadikan dalam single ketiganya, Lelaki Atas Awan sentuhan kreatif Badrul Hisham dan nukilan lirik Abie Abdullah yang bakal menemui peminat selepas Aidilfitri nanti.

Bagi Diddy Hirdy, karya itu sangat istimewa kerana dapat berkongsi sisi peribadinya dengan mereka yang tidak jemu-jemu menyokong kembara seninya.

“Alhamdulillah selepas muncul dengan single pertama, Sudah awal tahun ini disusuli single kedua, Biar Diddy Sambung Julai lalu, saya akan memperdengarkan Lelaki Atas Awan tidak lama lagi.

“Dari awal pihak pengurusan berasakan lagu ini ada daya tarikan tinggi dan saya yakin ia dapat diterima ramai. Semua single akan dimuatkan dalam album kedua saya yang dijangka ada di pasaran penghujung tahun ini.

“Bingkisan kedua ini berbeza daripada album terdahulu. Paling ketara, lagu balada berlatar belakangkan cerita gembira bukan sedih seperti yang biasa kita dengar, malah melodinya lebih ‘catchy’.

“Jika dulu saya banyak bereksperimentasi dengan muzik, kali ini saya sampaikan apa yang peminat mahu dengar. Selain Audi Mok dan Nurfatimah album ini banyak menggunakan khidmat komposer muda termasuklah Hafiz. Saya turut menyiapkan sebuah lagu, namun belum ada judul,” katanya yang akan menggunakan nama sendiri sebagai judul album.

Demi memastikan album itu menepati kualiti dan citarasa ramai, proses pembikinannya mengambil masa lama. Ini jelas berbeza dengan penghasilan album terdahulu di mana prosesnya pantas.

“Album kedua lebih persediaan. Kalau dulu saya hanya menerima lagu tiga atau empat hari sebelum rakaman, kali ini saya ambil masa dua bulan sebelum merakam sesebuah lagu. Selagi tidak puas hati saya tidak akan masuk studio.

“Album ini hadiah saya buat peminat dan ia akan dijual dengan harga modal dan ia mampu dibeli sesiapa saja. Ini cara saya menghargai peminat,” katanya yang mendapat sokongan padu daripada kelab penyokong, United Community Malaysia.

Tiga tahun bertapak dalam industri, Diddy bebas kontroversi, bahkan jejaka berusia 24 tahun ini sentiasa menjaga imej serta penampilannya. Katanya, seboleh mungkin dia cuba mengelak dikaitkan dengan cerita negatif kerana enggan jadi bahan gosip murahan.

“Pihak pengurusan sentiasa mengingatkan saya supaya menjauhi kontroversi dan menjaga penampilan.

“Awal kemunculan, saya tidak peduli sangat soal imej tetapi selepas ditegur pengurus (Badrul Hashim), saya mula ambil berat perkara ini,” katanya yang tidak akan memakai topi dan kaca mata hitam depan khalayak.

Mengupas sisi peribadi, pertunangan dengan buah hatinya mencecah usia tiga tahun. Tidak dinafikan bergelar insan seni dia tidak mampu lari daripada diburu peminat wanita, namun ikatan cinta suci bersama kekasih hati tidak pernah goyang.

“Bagi memastikan hubungan bertahan, kena faham karektor dan mengenal diri masing-masing. Cubalah memahami corak kerja pasangan, insya-Allah tak ada masalah.

“Tiada masalah untuk kami bertemu kerana tunang saya juga bekerja di Kuala Lumpur. Jika tidak terikat dengan apa-apa program, kami keluar bersiar-siar dan sesekali menonton wayang seperti pasangan kekasih lain.

“Dari awal saya tidak pernah merahsiakan ikatan ini, tetapi saya tidak mendedahkan tunang saya kepada media. Namun jika terserempak dengan peminat, saya akan perkenalkan dia sebagai tunang saya.

“Mulanya risau juga peminat lari jika saya berterus-terang, tapi alhamdulillah mereka cukup terbuka dan sangat memahami. Mungkin kerana saya jujur dari awal, hubungan kami tiada masalah.

“Saya tahu tiga tahun adalah tempoh lama untuk ikatan pertunangan, tapi syukur dia faham keadaan saya dan tidak pernah mendesak perkahwinan kami dipercepatkan. Pun begitu sebagai lelaki, saya tahu isi hati wanita dan tidak mahu dia ternanti-nanti. Insya-Allah kami akan melangsungkan hari bahagia tidak lama lagi,” kata artis lelaki tempatan pertama menerima tajaan produk Clinique sejak hampir dua tahun lalu ini.

Berikut adalah gambar2 kenangan pada hari pra dengar "Lelaki Atas Awan" di Ascott :)

Photobucket
Berat tuuuu.. tapi nampak rileks jerr.. ;)

Photobucket
Yang ringan sama dijinjing. Apa yg penting? Kerjasama. :D


Photobucket
Dah macam jamuan hari raya pulak

Photobucket
Shidi tersipu-sipu malu melayan tetamu yang hadir.

Photobucket
Diddy tersenyum

Photobucket
Sesi Pra dengar lagu baru Diddy.Semua terpegun

Photobucket
Wakil UCM sedang menjalankan khidmat. Kita posing dulu!

Photobucket
DIddy : Saya lah lelaki di atas Awan itu....

Photobucket
DIddy melayan soalan2 dari para wartawan

Photobucket
Apa yang diguraukan sehingga Diddy dan Bad tergelak sama.

Photobucket
Tekun mendengar

Photobucket
Posing lagi dengan tshirt Diddy.huhu

Photobucket
Sepraiskan Shidi di hari jadi yang ke...(Wartawan pun join tau.wahh)

Photobucket
Make a wish dulu

Photobucket
Thanks Bad dan Diddy sudi join majlis hari jadi Shidi di Ascot. Wahhh

Photobucket
Hmmm apa lagi posing posing posing selepas tugas selesai. Hingga ketemu di lain hari.

Saturday, August 22, 2009

Diddy Hirdy @ Gala TV, Astro AWANI



Credit video : sultanmuzaffar

Gambar di sekitar Diddy Hirdy Paintball Tournament




Diddy Hirdy Paintball Tournament
Tempat : Mudtrekker, Kuang
Tarikh : 9th August 2009
Team : Diddy Hirdy FC, Candy FC, Riz Angels, DaVOM, UCM & Gafimmers



Diddy Hirdy

Candy turut luangkan masa bersama menjayakan acara Paintball ini.Thanks Candy.

Candy dan Diddy Hirdy

Mendengar taklimat daripada pengadil dengan tekunnya..Tips utk keselamatan harus pakai mask sepanjang pertempuran nanti.

Antara hadiah-hadiah cun yang menjadi rebutan

Gafimmers sempat berposing maut bersama dua banner artis UCM

Diddy dalam pertempuran - Misi utama nak dapatkan bendera dulu.Nak cari bendera,nak cari bendera. huhu

Wakil Gafimmers yang menyerang hendap dari belakang tong

Antara AJK makanan yang sempat berposing sambil bertugas.Peace muahz :D

Candy bersama banner barunya dan banner Diddy

Tempat ke-6 : Gafimmers

Tempat ke-5 : United Community Malaysia

Tempat ke-4 : Da VOM

Tempat ke-3 : Riz Angels

Naib Johan : CandyFC

Johan : Diddy Hirdy FC, yezzer!

Kenangan selepas berperang, semua tersenyum puas dan gumbira. Yang penting Happy. :D

Tahniah buat semua pemenang2 dan Terima kasih kerana turut memeriahkan acara ini.InsyaAllah kita jumpa lagi di lain kali.

Untuk gambar selebihnya, sila lawat ke Facebook United Community Malaysia

Wednesday, August 12, 2009

Gambar Diddy Hirdy dan UCM di Jelajah 11 Era

Antara ahli-ahli UCM dan f-tersix chatters yang berkumpul di Tol Sungai Besi untuk berkonvoi bersama-sam ke Nilai

7 kereta berderet yang disertai oleh United Community Malaysia dan rakan-rakan menuju ke Nilai

Bergambar sebelum konsert bermula

Penyampai-penyampai ERA yang memeriahkan konsert

Diddy bergambar bersama UCM dan f-tersix chatters

Diddy dan Amy Mastura

Diddy bersama Liyana Jasmay

Diddy mendendangkan lagu Saat sambil menari bersama Nana

Hilang

Diddy featuring Dina - Biar Diddy Sambung

Bergambar di belakang pentas setelah selesai melakukan persembahan

Penyokong-penyokong Diddy yang datang dari Sarawak, Johor, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur bergambar setelah konsert berakhir

Jutaan terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke Jelajah 11 ERA di Nilai untuk bersama-sama menyokong Diddy Hirdy. Semoga ketemu lagi di lain kali ;)

Sila layari Facebook United Community Malaysia untuk gambar selebihnya

Monday, August 10, 2009

Recap Aktiviti-aktiviti yang disertai dan Dianjurkan oleh UCM

Photobucket

Alhamdulillah, setakat ini kami telah berjaya mengadakan 2 event penting untuk artis UCM ie. Diddy Hirdy dan satu kejutan untuk Candy Clement.

Pada 1 Ogos 2009, kami telah berpakat ramai-ramai turun ke Uptown Nilai Square untuk memberi sokongan kepada Diddy di Konsert Jelajah Era 11 bersama Perodua.

Diddy telah menyumbang sebanyak 3 lagu iaitu Saat, Hilang dan juga single terbaru iaitu Biar Diddy Sambung. (Jangan lupa untuk turut serta dalam Kempen Download Caller RingTone Lagu "Biar Diddy Sambung" bagi semua member UCM dan juga peminat-peminat Diddy di luar sana bagi bulan Ogos 2009)

Sila click SINI untuk cara-cara memuat turun caller ringtone Biar Diddy Sambung tersebut okay ;)

Sebanyak 7 biji kereta telah menyertai rombongan ke Nilai (macam rombongan meminang pulak kan) di mana kami telah berkumpul di depan tol sg besi pada jam 6 ptg.

Photobucket

Rombongan ini pula ditambah pula dengan 2 kereta lagi jadi kesemuanya 9 kereta yang dipenuhi oleh warga UCM dan rakan-rakan dari Gafim dan juga ahli chatters f-tersix yang berkobar-kobar kerana di sertai oleh mumi, kakt and one yang datang dari Sarawak di samping Nano,Dynas,Rose just to name a few.

Kami turut di belanja dua (2) kali oleh penasihat UCM dan juga merupakan manager Diddy yang sangat sporting iaitu Badrul (Siapalah yang tidak kenal dengan beliau kan huhu)

Terima kasih Bad dan Diddy atas layanan yang sangat 1st class itu.

Anda boleh baca cerita selanjutnya di blog Manager yang femes ini. Kami juga akan update di sini gambar- gambar yang di ambil oleh jurugambar rasmi UCM iaitu Azlan Hanif dari AZ photography.

Selain itu, event yang terkini yang masih panas dan hangat lagi diperkatakan ramai ialah Diddy Paintball Tournament yang telah di langsungkan pada 9 Ogos 09 di Mudtrekker, Kuang.

Photobucket

Seramai 6 team telah turut serta iaitu Team Diddy, Team Candy,Team Riz Angels, Team Da VOM, Team United dan Team Gafim. Tahniah Team Diddy kerana menjuarai tournament ini walaupun Diddy tidak berpeluang untuk join sampai ke final tapi team beliau tetap bersemangat meneruskan perjuangan :D

Terima kasih kami ucapkan kepada semua peserta yang sangat sporting sekali dan havoc menceriakan event ini. Walaupun ada kesilapan teknikal atas kelewatan kami tapi alhamdulillah yang lain berjalan dengan lancar.

Photobucket

Kami juga telah dapat menyiapkan banner Candy sebagai tanda sokongan kami terhadap beliau. Kami turut meluangkan masa mengambil sedikit gambar outdoor Candy pada hari Sabtu 8 Ogos di taman Tugu Negara.

Nantikan gambar-gambar event ini yang akan di upload di sini dan juga di Facebook UCM ok.

Silalah add Diddy dan Candy dan juga UCM di Facebook ok.

Akhir kata, kami mengalu-alukan penyertaan keahlian UCM kerana kami bakal menganjurkan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun ini dan ada kelebihan dan seprais yang menanti anda.

Pengumuman : UCM bakal menambahkan 2 artis di bawah naungan UCM tidak lama lagi dan bakal di umumkan bila sudah betul confirm. Tungguuuuu