Friday, October 16, 2009

UCM Road Trip to JB

UCM di kampung halaman Diddy

Pada 10 Oktober 2009, seramai 20 orang warga UCM yang datang dari KL, Sabah, Sarawak dan juga Johor telah berkonvoi ke kampung halaman Diddy Hirdy yang terletak di Pasir Gudang sempena tahlil yang diadakan Diddy sekeluarga. Kedatangan kami disambut mesra oleh Diddy dan keluarga. Oleh kerana kami terlambat sampai, maka tahlil sudah pun berakhir. Namun kami dijamukan dengan Nasi Jagung yang sangat lazat dengan lauk-pauk yang sungguh memukau. Terima kasih Diddy Hirdy sekeluarga :)

Setelah penat memandu, kami berhenti rehat di Pagoh.

Bersama Diddy selepas kenduri tahlil selesai

Diddy dan single terbarunya 'Biar Diddy Sambung'

Hadiah daripada UCM sempena hari lahir Diddy yang ke 24

Menenangkan fikiran sambil menyaksikan matahari terbenam. Wah cantiknya.

Bergambar sebelum pulang

Kami kemudiannya singgah di sebuah kedai makan yang terletak di tepi laut untuk meraikan hari jadi Diddy yang jatuh pada 5 Oktober 2009 secara kecil-kecilan bersaksikan pandangan matahari terbenam yang sangat cantik. Sambil meneguk Jus Oren dan menikmati Cupcake yang lazat, semmua yang hadir mengambil kesempatan untuk menyerahkan hadiah2 yang telah mereka sediakan untuk Diddy. Setelah selesai minum, kami semua bersiap sedia untuk bertolak pulang ke KL. Terima kasih tidak terhingga buat Diddy Hirdy dan keluarga yang melayan kami dengan baik sekali.

Walaupun tujuan utama ke rumah Diddy, tapi jemputan ibu akim tak dilupa. Rata2 semua lega kerana dpt berehat seketika seblum pulang ke KL, dpt pulak makan mee rebus yang sedapsss!! nak lagiiiii. Eh terlupa pulak, terima kasih ibu dan ayah. :D

Untuk gambar selebihnya sila ke Facebook United Community Malaysia

Thursday, October 8, 2009

Promosi Pakej Single Diddy Hirdy

Promosi pakej jualan single Diddy bertajuk "Biar Diddy Sambung" berserta T-shirt Diddy Hirdy (Limited Edition) hanya RM25.00 khas untuk ahli UCM. Bukan ahli RM27.00
(saiz t-shirt : XS - 2XL, tambahan harga untuk saiz 3XL ke atas)

Untuk menjadi ahli, sertai Facebook United Community Malaysia dengan menjadi Fans.

Single Diddy Hirdy "Biar Diddy Sambung" boleh dibeli berasingan dengan harga RM10

Tshirt Diddy Hirdy juga boleh dibeli berasingan dengan harga RM20
(tambahan harga untuk t-shirt saiz 3XL ke atas)

Tempahan boleh diemailkan ke utdcomm.malaysia@gmail.com

Sila sertakan saiz t-shirt bagi setiap tempahan Pakej atau T-shirt sahaja

Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank Nur Eleza Zaaba
1645 5713 5848


Sila emailkan slip pembayaran ke utdcomm.malaysia@gmail.com