Pada 10 Oktober 2009, seramai 20 orang warga UCM yang datang dari KL, Sabah, Sarawak dan juga Johor telah berkonvoi ke kampung halaman Diddy Hirdy yang terletak di Pasir Gudang sempena tahlil yang diadakan Diddy sekeluarga. Kedatangan kami disambut mesra oleh Diddy dan keluarga. Oleh kerana kami terlambat sampai, maka tahlil sudah pun berakhir. Namun kami dijamukan dengan Nasi Jagung yang sangat lazat dengan lauk-pauk yang sungguh memukau. Terima kasih Diddy Hirdy sekeluarga :)






Kami kemudiannya singgah di sebuah kedai makan yang terletak di tepi laut untuk meraikan hari jadi Diddy yang jatuh pada 5 Oktober 2009 secara kecil-kecilan bersaksikan pandangan matahari terbenam yang sangat cantik. Sambil meneguk Jus Oren dan menikmati Cupcake yang lazat, semmua yang hadir mengambil kesempatan untuk menyerahkan hadiah2 yang telah mereka sediakan untuk Diddy. Setelah selesai minum, kami semua bersiap sedia untuk bertolak pulang ke KL. Terima kasih tidak terhingga buat Diddy Hirdy dan keluarga yang melayan kami dengan baik sekali.

Untuk gambar selebihnya sila ke Facebook United Community Malaysia
1 comment:
UCM best!
Post a Comment