Photobucket

Thursday, September 24, 2009

Beraya di Rumah Eleza

Makanan yang dihidangkan oleh keluarga Eleza. Terima kasih Mak ayah dan adik kakak Eleza yer.

Pizza

Semua tersenyum kekenyangan. Alhamdulillah

Acara main bunga api seronok

UCM

Selamat Hari Raya dari kami

Diddy

Candy

Nur


Selamat hari raya aidil fitri di ucapkan kepada anda semua dari kami, warga United Community Malaysia. Maaf zahir dan batin.

Kebanyakan warga kota pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama keluarga. Ada juga yang hanya beraya di kota Kuala Lumpur dan di kesempatan ini beberapa dari kami telah berkunjung ke rumah Eleza di Wangsa Maju pada hari raya yang ke 4 tempoh hari.

Antara yang turut hadir : KA, abg Is dan anak-anak, Lan, Issey,Intan Beckham, Wan, Rosman dan Zahari dan juga ahli keluarga Eleza semestinya. :D

Kami sampai dalam pukul 9 malam dan acara di mulakan dengan makan dan makan dan makan dan makan lagi :D Kami di hidangkan dengan pizza yang amat lazat, nyum2 (tak perlu ke William lagi.huhu) yang di buat oleh Elena, kakak Eleza. Tq yer. (Boleh buat tempahan yer secara online. wahhh)

Pizza telah dihidang sebanyak 3 kali dan ia habis serta merta. huhu

Kami turut di jamu dengan kek lapis Serawak yang berbagai rupa dan rasa. Terima kasih orang Sarawak. :D dan tidak lupa juga nasi himpit berlauk kuah lodeh dan sambal kacang dan juga kueh mueh raya yang lain.

Sambil makan, sambil bercerita dan juga berposing untuk gambar dan juga menonton cerita kegemaran Issey, I'm not single. huhu

Selepas menjamu selera, acara rasmi seterusnya ialah main bunga api di depan halaman rumah Eleza. Setelah pandang kiri dan kanan, line clear barulah bro Zaharie mengeluarkan stok bunga api yang di beli dari artis AF juga. hahaha

Yang menariknya kami mendapat idea membentuk tulisan nama dari bunga api tersebut. (Thks Danial kerana memberi idea yang cun ini)

Suasana seronok sangat di rasai dan juga berpeluh2 lah nak make sure huruf2 di buat dengan betul. huhu.

Kesimpulannya, ini adalah gathering tidak rasmi UCM yang hanya dapat dihadiri oleh ahli2 di persekitaran kota pada waktu itu. (Mind u UCM sering ada majlis /gath tak rasmi macam ni. huhu)

InsyaAllah, kita boleh saja adakan jamuan raya UCM nanti. Any idea anyone?

Untuk gambar2 selebihnya sila ke Facebook UCM

No comments: