Photobucket

Thursday, September 24, 2009

Majlis Berbuka Puasa UCM

Walaupun sudah raya, namum kami tetap ingin paparkan sedikit gambar dari Majlis Berbuka Puasa UCM yang berlangsung pada 9 September 2009 (090909 cantik tarikh ni) di Agrotech Eco Resort, Ulu Langat, Selangor dan disertai hampir 40 orang walaupun pada awalnya kami ingin jalankan majlis ini secara kecil-kecilan. Majlis ini turut disertai 3 artis UCM iaitu Diddy Hirdy, Candy Clement dan Nurfatima. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang hadir.

Baca doa sebelum berbuka puasa.. Penuhnya meja dengan makanan nyum nyum nyummm

Busunoi dan rakan-rakan berehat sebentar sebelum sambung pusingan seterusnya hehehe

Wakil dari Gafimmers turut memeriahkan suasana walaupon tersesat kerana menggunakan KA sebagai penunjuk arah hahahahaha (weii ling)

Nasib baik tak tersembur makanan dalam mulut masa semua bergelak sakan ni

Diddy bersama Busunoi dan rakan-rakan

Kami sempat menyambut ulang tahun kelahiran Rere yang ke-25.. Happy Birthday Rere (Rere tersipu2 malu.huhu)

Oja merupakan pemenang cabutan bertuah pada malam itu

Sebelum pulang, kami semua sempat berhibur dengan bermain bunga api di Ampang Saujana sambil menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur pada waktu malam. Sangat seronok. Semoga kita dapat menjalankan lagi aktiviti seperti ini lagi di masa hadapan ;)

Nur, Diddy dan Candy bermain bunga api

Gembira semua bermain bunga api. hehehehe

Terima kasih semua yang hadir :)


No comments: