Photobucket

Thursday, September 24, 2009

Beraya di Rumah Eleza

Makanan yang dihidangkan oleh keluarga Eleza. Terima kasih Mak ayah dan adik kakak Eleza yer.

Pizza

Semua tersenyum kekenyangan. Alhamdulillah

Acara main bunga api seronok

UCM

Selamat Hari Raya dari kami

Diddy

Candy

Nur


Selamat hari raya aidil fitri di ucapkan kepada anda semua dari kami, warga United Community Malaysia. Maaf zahir dan batin.

Kebanyakan warga kota pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama keluarga. Ada juga yang hanya beraya di kota Kuala Lumpur dan di kesempatan ini beberapa dari kami telah berkunjung ke rumah Eleza di Wangsa Maju pada hari raya yang ke 4 tempoh hari.

Antara yang turut hadir : KA, abg Is dan anak-anak, Lan, Issey,Intan Beckham, Wan, Rosman dan Zahari dan juga ahli keluarga Eleza semestinya. :D

Kami sampai dalam pukul 9 malam dan acara di mulakan dengan makan dan makan dan makan dan makan lagi :D Kami di hidangkan dengan pizza yang amat lazat, nyum2 (tak perlu ke William lagi.huhu) yang di buat oleh Elena, kakak Eleza. Tq yer. (Boleh buat tempahan yer secara online. wahhh)

Pizza telah dihidang sebanyak 3 kali dan ia habis serta merta. huhu

Kami turut di jamu dengan kek lapis Serawak yang berbagai rupa dan rasa. Terima kasih orang Sarawak. :D dan tidak lupa juga nasi himpit berlauk kuah lodeh dan sambal kacang dan juga kueh mueh raya yang lain.

Sambil makan, sambil bercerita dan juga berposing untuk gambar dan juga menonton cerita kegemaran Issey, I'm not single. huhu

Selepas menjamu selera, acara rasmi seterusnya ialah main bunga api di depan halaman rumah Eleza. Setelah pandang kiri dan kanan, line clear barulah bro Zaharie mengeluarkan stok bunga api yang di beli dari artis AF juga. hahaha

Yang menariknya kami mendapat idea membentuk tulisan nama dari bunga api tersebut. (Thks Danial kerana memberi idea yang cun ini)

Suasana seronok sangat di rasai dan juga berpeluh2 lah nak make sure huruf2 di buat dengan betul. huhu.

Kesimpulannya, ini adalah gathering tidak rasmi UCM yang hanya dapat dihadiri oleh ahli2 di persekitaran kota pada waktu itu. (Mind u UCM sering ada majlis /gath tak rasmi macam ni. huhu)

InsyaAllah, kita boleh saja adakan jamuan raya UCM nanti. Any idea anyone?

Untuk gambar2 selebihnya sila ke Facebook UCM

Majlis Berbuka Puasa UCM

Walaupun sudah raya, namum kami tetap ingin paparkan sedikit gambar dari Majlis Berbuka Puasa UCM yang berlangsung pada 9 September 2009 (090909 cantik tarikh ni) di Agrotech Eco Resort, Ulu Langat, Selangor dan disertai hampir 40 orang walaupun pada awalnya kami ingin jalankan majlis ini secara kecil-kecilan. Majlis ini turut disertai 3 artis UCM iaitu Diddy Hirdy, Candy Clement dan Nurfatima. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang hadir.

Baca doa sebelum berbuka puasa.. Penuhnya meja dengan makanan nyum nyum nyummm

Busunoi dan rakan-rakan berehat sebentar sebelum sambung pusingan seterusnya hehehe

Wakil dari Gafimmers turut memeriahkan suasana walaupon tersesat kerana menggunakan KA sebagai penunjuk arah hahahahaha (weii ling)

Nasib baik tak tersembur makanan dalam mulut masa semua bergelak sakan ni

Diddy bersama Busunoi dan rakan-rakan

Kami sempat menyambut ulang tahun kelahiran Rere yang ke-25.. Happy Birthday Rere (Rere tersipu2 malu.huhu)

Oja merupakan pemenang cabutan bertuah pada malam itu

Sebelum pulang, kami semua sempat berhibur dengan bermain bunga api di Ampang Saujana sambil menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur pada waktu malam. Sangat seronok. Semoga kita dapat menjalankan lagi aktiviti seperti ini lagi di masa hadapan ;)

Nur, Diddy dan Candy bermain bunga api

Gembira semua bermain bunga api. hehehehe

Terima kasih semua yang hadir :)


Monday, September 7, 2009

Majlis Berbuka Puasa UCM

Dengan segala hormatnya kami menjemput warga UCM turut sama ke:
Majlis Berbuka Puasa bersama UCM
Tarikh : 9 September 2009

Tempat : Agrotech Eco Resort,Batu 14 1/2 Hulu Langat, Selangor
Harga : RM28 seorang buffet style

Pakaian : Bebas
Berbagai juadah di sediakan untuk kita berbuka puasa di sana. Antara yang diperkatakan tentang Agrotech di dalam wsite mereka :)

....... Penghuni boleh menjamu selera dengan minuman dan makanan ala thai dan ikan bakar di taman agrotech. Tempat yang paling ideal untuk bersantai atau berkaraoke dengan mandian cahaya warna-warni lampu pelita/ lilin. Di agrotech anda pasti dikelilingi oleh air di dalam taman bunga yang berlanskap indah dan sesuai untuk anda yang mempunyai jiwa yang rindukan alam semulajadi yang sungguh damai dengan desiran air terjun, kicau-kicauan burung dan kehijauan pohon-pohon hutan.

Sila konfimkan kehadiran anda segera untuk kami reservekan tempat. Beberapa artis akan turut hadir sama termasuk artis UCM. Tunggu apa lagi?

Sedapnye! Jom makan ikan bakar :)

Diddy Hirdy di Hari Raya Celebration Show

Jom ramai-ramai berbuka puasa bersama-sama warga UCM dan saksikan Diddy Hirdy dan Farah Asyikin membuat persembahan. Jumpa di sana :)